Baiknya Dia

Betapa baiknya Tuhan di dalam sudinya memberi pandangan baik2 semata untuk melihat kita. Melangkaui wajah luaran, menembusi setiap inci pakaian. Pelbagai perasaan berbaur2 setiap kali didatangi puji. Sayu memikirkan bagaimana maha baiknya Tuhan pada kita pendosa.
dan bersekali setiapnya, dibagi lagi masa untuk kita menjadi apa yang Tuhan percaya kita mampu jadi : yang lebih baik sebagaimana diizinkan Tuhan untuk dinampakkan. Betapa Tuhan itu lebih percayakan kemampuan kita berbanding kita sendiri. Maka percaya sahaja. Tidakkah Tuhan itu yang paling tahu segalanya ? yang paling bijaksana ? Don't give up on you. Macam mana perit, sakit dan sulit. Macam mana hina dan dihina. bangkit. jangan mati dulu. setiap hari Tuhan masih bagi kita nyawa. untuk cuba semula, untuk bangun dan jadi somebody better. Maka kalau Tuhan sendiri percaya segenap inci potensi kita ~ kenapa tidak kita ? Besar mana dosa kita, kalau kita sungguh2 nasuha dan berjanji tidak mengulanginya terhapuslah bi iznillah. dan kalau Tuhan sudi maafkan kita, kita patut maafkan diri sendiri juga. Make peace with yourself. terima kelemahan diri dan ubah. 

The first step to fix a problem
is to admit we have a problem to fix.
Love yourself.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga di Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB)

Pengalaman Menjalani Latihan Industri (praktikal) di Lembaga Koko Malaysia

Istiadat Konvokesyen ke-21 Politeknik Kota Kinabalu.